Teenage pregnancy

Kehamilan remaja merupakan kehamilan yang berlaku dalam kalangan perempuan yang berumur kurang daripada 20 tahun.[1] Kehamilan terjadi apabila berlakunya hubungan seks selepas permulaan pengovulan yang boleh berlaku sebelum datangnya haid pertama (menarke).[7] Dalam kalangan kanak-kanak perempuan yang berkhasiat, haid biasanya bermula sekitar umur 12 atau 13 tahun manakala di negara berpendapatan rendah pula permulaan haid biasanya lewat sedikit sekitar 14 tahun.[1][8]Kehamilan remaja menyebabkan peningkatan risiko yang ketara dari segi eklampsia, anemia sewaktu kehamilan, kelahiran bayi pramatang, jangkitan selepas bersalin, fistula obstetrik, dan lahir mati.[4][3][2] Komplikasi kehamilan adalah punca utama kematian pada kanak-kanak perempuan berumur di antara 15 hingga 19 tahun.[9][2] Bagi mereka yang berumur di bawah 15 tahun, risiko kematian ibu mungkin lima kali ganda lebih tinggi.[10] Walaupun mencegah diri dari daripada melakukan hubungan seks telah menyebabkan kadar yang lebih rendah di Amerika Syarikat, program pendidikan penghindaran dari melakukan persetubuhan tidak berkesan untuk menghalang kehamilan remaja.[5][11]Faktor pencetus kehamilan remaja ialah berkaitan dengan tahap pendidikan yang rendah serta kemiskinan.[4] Antara beberapa risiko lain yang menyebabkan kehamilan remaja termasuklah perkahwinan bawah umur, kekurangan akses kepada kaedah kawalan kelahiran, kehidupan di rumah kebajikan, penyalahgunaan bahan, faktor kepercayaan atau keagamaan, serta penderaan seksual.[4][3][5] Dua jenis intervensi (iaitu intervensi pendidikan berkaitan jantina dan kekeluargaan serta intervensi pengaksesan pelbagai jenis kaedah kawalan kelahiran) jika bergabung dapat mengurangkan kehamilan remaja yang tidak diingini.[6][12]Kira-kira 20% populasi remaja di seluruh dunia telah mempunyai anak.[3] Pada tahun 2023 sahaja, 43 per 1,000 populasi perempuan mempunyai anak di bawah umur 20 tahun.[4] Kadar tersebut adalah lebih tinggi di Afrika iaitu bernilai 97 per seribu, manakala kadar tersebut lebih rendah di Eropah pada nilai 13 per seribu.[4] Kadar kehamilan remaja telah menurun di Amerika Syarikat sejak tahun 1990.[5] Di negara membangun kira-kira 21 juta remaja berumur 15 hingga 19 tahun hamil dengan 12 juta antara mereka yang hamil tersebut mempunyai anak setiap tahun.[4] Manakala 6 juta lagi di kalangan 21 juta yang hamil tersebut melakukan pengguguran, dan kebanyakannya menggugurkan kandungan secara tidak selamat.[3] Kesan negatif lain yang boleh berlaku terhadap kalangan "ibu remaja" mungkin termasuk stigma sosial, masalah kewangan, dan pemberhentian daripada meneruskan pendidikan.[3][5]

Teenage pregnancy

Kekerapan 21 juta setiap tahun (negara membangun)[4]
Gejala Kehamilan bawah umur 20 tahun[1]
Pengkhususan Obstetrik
Kerumitan Ibu: Eklampsia, anemia sewaktu kehamilan, jangkitan selepas kelahiran, fistula obstetrik[2][3]
Bayi: Kelahiran pramatang, berat lahir rendah, lahir mati[3]
Faktor risiko Tahap pendidikan rendah, kemiskinan, perkahwinan bawah umur, kekurangan akses terhadap teknik kawalan kelahiran, kehidupan di bawah jagaan asuhan, penyalahgunaan bahan, keagamaan, penderaan seksual[4][3][5]
Kematian Punca kematian utama (dalam kalangan perempuan berusia antara 15 hingga 19 tahun)[2]
Nama lain Kehamilan bawah umur, kehamilan kanak-kanak
Pencegahan Pendidikan jantina dan kekeluargaan yang komprehensif, akses terhadap pelbagai cara kawalan kelahiran, serta mencegah diri daripada melakukan hubungan seks[6][5]